20 termasuk bayi terkorban dalam perjalanan ke gereja di Agoo
Agensi
Disember 25, 2017 18:45 MYT
Disember 25, 2017 18:45 MYT
Bayi lima bulan dan dua kanak-kanak berusia tujuh dan 10 tahun antara 20 terkorban dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di utara Filipina awal pagi tadi.
Dalam nahas jam 3.30 pagi waktu temptan itu, mangsa dalam perjalanan ke Gereja Our Lady of Manaoag di Agoo, La Union untuk menghadiri acara keagamaan sempena perayaan Hari Krismas sebelum kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan bas dari arah bertentangan.
Menurut Ketua Polis Agoo, Roy Villanueva, jeepney tersebut dipercayai cuba memotong kenderaan lain.
Tambahnya, 19 penumpang dan pemandu jeepney terbabit maut di tempat kejadian.
Sementera itu Villanueva berkata 10 penumpang bas cedera dalam nahas berkenaan dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.
Pemandu bas terbabit bersama 15 penumpang lain hanya cedera ringan.
Filipina mengalami beberapa insiden menyayat hari menjelang Hari Krismas.
Pada Sabtu sekurang-kurangnya 37 maut dalam kebakaran di pusat membeli-belah di Davao.
Lebih 200 penduduk luar bandar pula maut susulan rebut Tropika Tembin yang melanda negara itu.
Tembin muncul kurang dari seminggu selepas Ribut Tropika Kai-Tak melanda bahagian tengah Filipina.