20 terbunuh dalam rusuhan di New Delhi

Bernama
Februari 27, 2020 09:56 MYT
Seorang wanita berjalan berhampiran anggota keselamatan yang sedang meronda kawasan yang terjejas akibat rusuhan di New Delhi, India, 26 Feb, 2020. REUTERS
Seramai 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam keganasan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) India, menyaksikan rusuhan besar-besaran berlaku di kebanyakan kawasan di New Delhi.
Keganasan bermula sejak Isnin, dikatakan turut membayangi lawatan dua hari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke India.
Dikatakan mereka yang membantah CAA menjadi sasaran dalam serangan itu.
Menurut saksi kejadian dan aktivis, antara kawasan yang menjadi sasaran perusuh ialah kedai dan kawasan kediaman.
Perusuh turut membawa bersama mereka senjata tajam dan senjata api.
Kerajaan New Delhi telah mengerahkan ambulans untuk memberi bantuan perubatan kepada mereka yang cedera.
-- BERNAMA
#Akta Pindaan Kewarganegaraan #Amerika Syarikat #cedera #Donald Trump #India #keganasan #kerajaan #maut #New Delhi #rusuhan #senjata #serangan
;