20 maut, trak bawa bahan letupan perlombongan meletup
Bernama
Januari 21, 2022 12:03 MYT
Januari 21, 2022 12:03 MYT
ACCRA (Ghana): Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam satu letupan di luar bandar Wilayah Barat di Ghana pada Khamis, apabila sebuah trak yang membawa bahan letupan perlombongan bertembung dengan sebuah motosikal.
Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Pengurusan Bencana Nasional, Seji Saji memberitahu Xinhua, letupan berlaku di Apiate apabila motosikal itu masuk ke lorong trak dan melanggarnya.
Pegawai itu berkata, letupan itu begitu kuat sehingga memusnahkan kira-kira 500 rumah di sekitarnya dan meragut banyak nyawa.
Pegawai itu menambah mayat yang ditemui dibawa ke rumah mayat berhampiran dan keluarga yang hilang tempat tinggal berlindung sementara di sebuah gereja. - BERNAMA