20 maut dalam serangan berani mati di Iraq
Astro Awani
April 7, 2013 08:21 MYT
April 7, 2013 08:21 MYT
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam serangan berani mati di Iraq.
Ia dibuat ketika penyokong politik berkumpul di bandar Baqouba.
Penyerang dikatakan meletupkan diri ketika calon Sunnah Muthana Al Jouni yang bertanding sebagai calon majlis wilayah menganjurkan majlis makan tengahari bersama penyokongnya.
Dia bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Menurut pihak berkuasa, Al Jouni tidak meminta anggota keselamatan tambahan ketika majlis berkenaan diadakan.
Setakat ini tiada mana-mana kumpulan mengaku mendalangi pembunuhan.
Bagaimanapun, pegawai kanan polis menuding jari, ia perbuatan rangkaian kumpulan Al Qaeda.