20 maut bas terbabas dalam terowong
Astro Awani
Februari 24, 2019 15:37 MYT
Februari 24, 2019 15:37 MYT
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di utara China.
Manakala 30 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan.
Menurut pihak berkuasa, bas berkenaan dilapor berdepan masalah brek sehingga menyebabkan ia terbabas dalam sebuah terowong.
Memetik laporan Xinhua, selain masalah brek, kemungkinan sisa buangan dari sebuah lombong turut menyebabkan jalan licin.
Bagaimanapun, pasukan menyelamat dikerah bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat dan jalankan siasatan terperinci.
#bas
#China
#jalan licin
#kemalangan
#kerja menyelamat
#lombong
#masalah brek
#sisa buangan
#terowong