2 terbunuh selepas Israel serang kawasan tentera Syria

Bernama
April 4, 2023 10:23 MYT
Serangan peluru berpandu itu mengenai sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, berhampiran kubu Iran di kawasan Sayyida Zaynab dan Al-Ma'amil di Al-Kiswah di selatan Damsyik. - Gambar fail/ AP
DAMSYIK: Serangan peluru berpandu Israel di kawasan tentera di Damsyik pada Selasa membunuh dua orang awam, lapor Xinhua memetik kenyataan tentera Syria.
Serangan itu dilancarkan dari Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.
Sementara itu, pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights berkata serangan peluru berpandu itu mengenai sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, berhampiran kubu Iran di kawasan Sayyida Zaynab dan Al-Ma'amil di Al-Kiswah di selatan Damsyik.
Serangan itu yang keempat dilancarkan Israel sejak Khamis dan yang kesepuluh sejak awal 2023.
Israel baru-baru ini memperhebat serangan ke atas kawasan tentera Syria dan menyasarkan kedudukan tentera Iran.
-- BERNAMA
#Israel #Syria #peluru berpandu #orang awam