2 terbunuh dalam letupan bom di pusat pemeriksaan COVID-19 di Yangon

Bernama
September 14, 2021 14:13 MYT
Mangsa yang cedera termasuk dua orang awam, dua bomba dan beberapa anggota keselamatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu. - Tangkapan layar portal berita Eleven.com
YANGON: Dua termasuk seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dalam satu letupan bom di wilayah Mandalay Myanmar pada Isnin, menurut kenyataan Kementerian Penerangan.
Mangsa yang cedera termasuk dua orang awam, dua bomba dan beberapa anggota keselamatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, sebiji bom meletup di pusat pemeriksaan COVID-19 di bandar Aungmyaythazan pada Isnin pagi.
Mereka yang cedera dihantar ke hospital tentera untuk rawatan dan suspek sedang diburu.
-- BERNAMA
#COVID-19 #letupan #Myanmar #pusat pemeriksaan COVID-19
;