2 tahun tragedi Christchurch: Dunia perlu bahas isu 'pelampau kulit putih' - Jacinda Ardern

Agensi
Mac 15, 2021 15:06 MYT
Brenton Tarrant, warga Australia yang bersenjatakan semi-automatik membunuh 51 individu dan mencedarakan puluhan lain apabila melakukan tembakan rambang ke atas umat Islam pada 15 Mac 2019. - Foto REUTERS
AUCKLAND: Isu perkauman dan pelampau kulit putih (white supremacy) masih perlu menjadi perkara yang dibahaskan di peringkat global, tegas Jacinda Ardern.
Kenyataan Perdana Menteri New Zealand itu dibuat selepas genap dua tahun serangan berdarah di dua masjid di bandar Christchurch.
Brenton Tarrant, warga Australia yang bersenjatakan semi-automatik membunuh 51 individu dan mencedarakan puluhan lain apabila melakukan tembakan rambang ke atas umat Islam pada 15 Mac 2019.
Tarrant turut mengumumkan hasratnya selain menyiarkan keganasan itu menerusi siaran langsung di Facebooknya.
Tragedi itu sekali gus mencetuskan perdebatan global akibat ancaman pelampau kulit putih.
"Dunia perlu bercakap soal ini. Selepas serangan itu, menjadi tugas kepada New Zealand untuk menguruskan 'rumahnya' dengan teratur," katanya.
Ujar beliau, tidak adil untuk menyifatkan ia bukan tanggungjawab New Zealand dalam menangani isu tersebut ekoran pengganas tersebut adalah warga Australia.
Serangan Tembakan | Dua tahun serangan Christchurch
BACA: Tragedi solat Jumaat: 40 terkorban dalam tembakan rambang Christchurch
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
"Komuniti Islam dalam di negara ini mengalami tekanan isu perkauman sebelum serangan itu berlaku.
"Semua pemimpin dunia mempunyai tanggungjawab kerana suara mereka boleh disiarkan di mana sahaja, tidak kira masa.
"Semua negara perlu memandang perkara ini dengan serius," katanya.
Serangan Christchurch: Suspek turut merancang bakar masjid
Tahun lalu, Ardern memohon maaf selepas suruhanjaya siasatan diraja memaklumkan agensi keselamatan negara itu sering memberikan tumpuan kepada isu keganasan yang dikaitkan dengan umat Islam.
Ditanya sama ada New Zealand menjadi lebih selamat berbanding dua tahun lalu, jawab Ardern: "Bukan saya yang patut jawab soalan itu, hanya komuniti Muslim boleh menjawabnya. Buat masa ini, masih banyak yang perlu dilakukan."
#serangan Christchurch #New Zealand #Jacinda Ardern #isu perkauman #White Supremacy #Brenton Tarrant #Australia #tembakan #pengganas #keganasan #serangan #Tragedi Christchurch
;