2% sampah di lautan berasal dari sungai di Guatemala
Astro Awani
Mac 22, 2024 08:30 MYT
Mac 22, 2024 08:30 MYT
SEBATANG sungai di Guatemala yang terkenal dengan peratusan pencemaran yang tinggi telah mencetuskan risiko kesihatan amat teruk.
Menurut organisasi The Ocean Cleanup, 2 peratus daripada pelepasan plastik yang sampai ke lautan dunia berasal dari Sungai Motagua akibat pencemaran yang datang dari Guatemala.
Menurut data dari Hidroelektrik Las Vacas, Sungai Las Vacas terdiri daripada kira-kira 60 peratus kumbahan dan sampah sarap bandar raya Guatemala, yang menghalang air sungai daripada mengalir secara normal dan juga menghalang hidupan akuatik.
Santiago, seorang pengumpul logam tempatan sering berjalan di antara bau busuk dan sampah beracun untuk mencari emas, perak, gangsa atau besi buruk yang boleh dijualnya untuk mencari rezeki.
Dia mendakwa bahawa sentuhan dengan air sungai yang kotor telah menyebabkan masalah kulit dan pernafasan.
Walaupun pelbagai organisasi sedang berusaha untuk menghalang sisa daripada sampai ke laut, usaha mereka telah dibanjiri oleh sampah yang begitu banyak.
Sungai Las Vacas bertumpu dengan Sungai Motagua, yang kemudiannya mengalir ke Lautan Atlantik, ia membawa punca kepada masalah pencemaran di lautan yang sangat teruk.