2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Bernama
Mei 7, 2024 18:27 MYT
Mei 7, 2024 18:27 MYT
BEIJING: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China, lapor Sputnik.
Menurut laporan stesen penyiar Guangzhou yang memetik beberapa sumber pada Selasa, serangan itu berlaku di sebuah hospital di Zhenxiong County.
-- BERNAMA