2 maut dalam nahas helikopter di barat daya Jepun

Bernama
Julai 28, 2024 13:00 MYT
Dua orang disahkan maut pada Ahad dalam nahas helikopter di Wilayah Fukuoka, barat daya Jepun. - Foto hiasan
TOKYO: Dua orang disahkan maut pada Ahad dalam nahas helikopter di Wilayah Fukuoka, barat daya Jepun, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
Jabatan bomba tempatan menerima laporan sekitar pukul 4.15 petang waktu tempatan bahawa sebuah helikopter telah terhempas di sebuah ladang berhampiran sungai di Bandar Yanagawa dan asap keluar berkepul-kepul, lapor penyiar awam NHK.
Terdapat dua orang di dalam helikopter itu dan kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian, menurut jabatan bomba.
-- BERNAMA
#nahas helikopter #barat daya Jepun #fukuoka #terhempas