2 maut dalam kemalangan babitkan 100 kenderaan

Associated Press
November 23, 2012 10:36 MYT
2 terbunuh manakala puluhan yang lain cedera apabila sekurang-kurangnya 100 kenderaan terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Beaumont ke selatan Texas.
Kemalangan berlaku ketika cuaca berkabus, sehari sebelum sambutan Hari Thanksgiving.
Mangsa yang terbunuh adalah seorang lelaki dan seorang wanita apabila kenderaan SUV yang mereka naiki dirempuh treler.
Sekurang-kurangnya 51 yang lain dikejarkan ke hospital dengan 8 daripadanya dilaporkan cedera parah.
Punca kejadian masih disiasat namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berpunca dari kabus tebal.
#kabus #kemalangan #Terbunuh #Texas #Thanksgiving
;