2 maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Indiana

Astro Awani
Julai 18, 2022 08:45 MYT
Lokasi di mana dilaporkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh di Indianapolis pada Ahad. -Gambar fail/AP
INDIANA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di Greenwood Park Mall di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) kira-kira jam 6 petang waktu tempatan pada Ahad.
"Terdapat beberapa mangsa dalam kejadian ini. Tiada ancaman berterusan diketahui setakat ini.
"Pelbagai agensi sedang memantau pusat beli-belah tersebut," kata Polis Metropolitan Indianapolis (IMPD) di Twitter.

There are multiple casualties reference this incident. There is no known ongoing threat. Multiple agencies are assisting with clearing the mall. https://t.co/OBmm6IdYUd

— IMPD (@IMPDnews) July 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
IMPD berkata ramai mangsa sedang dirawat di hospital.
Pengunjung yang berada di dalam pusat beli-belah itu berkata mereka terdengar sekitar 20 tembakan dilepaskan.
IMPD dalam pada itu mengesahkan tembakan hanya dilepaskan di kawasan medan selera.
Polis memaklumkan suspek telah terbunuh, namun tidak dapat dipastikan sama ada penembak termasuk dalam dua kematian yang dilaporkan.
#Greenwood Park Mall #kejadian tembakan
;