2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Bernama
Mac 1, 2023 10:49 MYT
Mac 1, 2023 10:49 MYT
ANKARA: Dua orang maut manakala 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye pada Isnin, menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye pada Selasa.
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius, menurut AFAD dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Gempa bumi dengan kedalaman 6.96 kilometer, berpusat di daerah Yesilyurt.
Wilayah Malatya adalah antara 10 wilayah di Turkiye yang dilanda bencana dahsyat pada 6 Feb, hingga mengorbankan lebih 44,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA