2 maut, 13 cedera ditembak di Chicago

Bernama
Mac 15, 2021 13:05 MYT
Menurut media AS, seorang penembak melepaskan tembakan dalam satu pesta yang diadakan di sebuah syarikat penunda kenderaan. - Gambar hiasan
MOSCOW: Dua orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam insiden tembakan di bandar Chicago Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor Sputnik.
"Seramai 15 orang ditembak, dua daripadanya terbunuh, empat senapang dijumpai di lokasi kejadian," kata Penguasa Polis Chicago David Brown kepada wartawan.
Menurut media AS, seorang penembak melepaskan tembakan dalam satu pesta yang diadakan di sebuah syarikat penunda kenderaan, kira-kira pukul 4.40 pagi (09.40 GMT).
Polis masih menjalankan siasatan.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #polis #maut #tembakan #siasatan #cedera #Chicago #Penembak #syarikat penunda kenderaan #pesta #AS #Terbunuh #senapang
;