2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia

Agensi
Julai 25, 2024 05:40 MYT
Kejadian berlaku berhampiran Mount Anderson Station di Camballin, iaitu sebuah bandar kecil di wilayah Kimberley. - Gambar hiasan/ WAPC
SYDNEY: Dua juruterbang maut selepas dua helikopter bertembung di udara pada Khamis di barat Australia.
Media tempatan melaporkan, dua juruterbang berusia 29 dan 30 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, Bernama yang memetik Xinhua, melaporkan kejadian berlaku berhampiran Mount Anderson Station di Camballin, iaitu sebuah bandar kecil di wilayah Kimberley.
Perkhidmatan kecemasan menerima laporan mengenai nahas itu sekitar 6.20 pagi waktu tempatan (2220 GMT pada Rabu).
"Petunjuk awal menunjukkan bahawa dua helikopter malang itu bertembung sejurus selepas berlepas.
"Dipercayai hanya seorang juruterbang untuk setiap helikopter," kata pihak polis.
#helikopter terhempas #helikopter bertembung #Australia #angka korban