19 terkorban dalam banjir kilat, tanah runtuh di Indonesia
Agensi
September 21, 2016 17:01 MYT
September 21, 2016 17:01 MYT
Sejumlah 19 orang terkorban dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia pada Selasa.
Daerah Garut di Pulau Jawa adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 16 terkorban manakala lapan lagi masih hilang.
Seribu penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan kem tentera.
Pasukan mencari dan menyelamat menyambung operasi pada Rabu bagi mencari puluhan lagi mangsa yang dipercayai hilang.
Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat tanpa henti yang melanda kepulauan itu sejak malam Selasa.