19 terbunuh dalam pertempuran kumpulan penjenayah
Bernama
Oktober 26, 2024 14:52 MYT
Oktober 26, 2024 14:52 MYT
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penjenayah di Guerrero, negeri selatan Mexico, kata Menteri Keselamatan Omar Garcia Harfuch pada Jumaat, lapor Xinhua.
Garcia Harfuch dalam satu sidang media berkata sekurang-kurangnya tiga pertempuran berlaku.
"Terdapat beberapa serangan terhadap anggota tentera yang mengakibatkan 17 penyerang terbunuh, 11 ditahan, dua pegawai majlis perbandaran terbunuh, dan empat cedera. Kami sedang menyiasat insiden berkenaan," katanya.
-- BERNAMA