19 penumpang maut bas terjunam dalam gaung di Filipina
Agensi
Mac 21, 2018 10:37 MYT
Mac 21, 2018 10:37 MYT
Sekurang-kurangnya 19 penumpang maut dan lebih 12 penumpang tercedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah bas di Manila, Filipina, petang semalam, lapor Reuters.
Bas berkenaan dipercayai terbabas lalu merempuh penghadang jambatan, dan seterusnya terjunam ke dalam gaung sedalam15 meter di wilayah Occidental Mindoro, lapor Pengarah Polis Daerah Superintenden Romie Estepa hari ini.
“Pemandu bas berkenaan dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba ketika memandu. Namun, kami masih belum dapat pastikan sama ada ia disebabkan masalah teknikal atau faktor kecuaian," kata Estepa.
Filipina dikenali umum dengan peraturan pengangkutan awamnya yang longgar selain keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik.