JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam dua insiden tembakan rambang di Afrika Selatan.
Menurut Suruhanjaya Polis Wilayah Gauteng, Elias Mawela, dalam kejadian pertama, sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang dan pistol melepaskan tembakan di sebuah bar di Orlando East, Soweto awal pagi Ahad menyebabkan 15 individu maut manakala sembilan lagi cedera.
"Daripada kedudukan kelongsong peluru di tempat kejadian, boleh disumpulkan insiden ini merupakan tembakan rambang," katanya.
Polis turut mengesahkan kejadian kedua yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu waktu tempatan, di sebuah bar di Pietermaritzburg, 500 kilometer di selatan Soweto, yang mengorbankan empat nyawa dan mencederakan lapan lagi.
Siasatan awal menunjukkan tiada kaitan antara kedua-dua kejadian dan kesemua suspek berjaya melarikan diri.
Siasatan masih dijalankan bagi menentukan berapa suspek yang terlibat dalam kedua-dua insiden dan motif kejadian.
Mangsa yang cedera turut dibawa ke Hospital Chris Hani Baragwanath untuk menerima rawatan.
Menurut Mawela, terdapat kejadian ketiga dipercayai kejadian samun di sebuah bar di Katlehong, berdekatan Johannesburg yang berlaku pada Khamis.
Dalam insiden itu dua pengunjung maut manakala dua lagi cedera.
Astro Awani
Sun Jul 10 2022

Anggota polis mengepung kawasan di mana 15 individu maut dalam tembakan rambang di Soweto, Afrika Selatan. - Foto REUTERS
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.

Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak
Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington.

2 maut, 19 cedera dalam insiden tembakan di Detroit
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu insiden tembakan rambang di Detroit awal pagi Ahad, menurut laporan awal Polis Negeri Michigan.

Malaysia kecam serangan keganasan di Rusia
Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow, Rusia.

Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.

Seorang maut, lima cedera insiden tembakan di New York
Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, New York pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Seorang maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di AS
Seorang lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di bandar Ocala, Florida pada Sabtu, lapor Sputnik.

Republik Czech berkabung susulan insiden tembakan di universiti Prague
Bendera dikibar separuh tiang dan orang ramai bertafakur selama seminit mengenang kesemua mangsa terkorban.

Insiden tembakan di universiti di Prague, semua 14 mangsa dikenal pasti
Bukti menunjukkan lelaki itu adalah pelaku yang sama dalam kes pembunuhan di hutan Klanovicky berhampiran Prague seminggu lalu.

Tembakan Rambang: Republik Czech umum Sabtu sebagai hari berkabung
Petr Pavel berkata, insiden berkenaan merupakan satu bentuk kesedihan yang tidak dapat diungkap oleh masyarakat republik itu.