19 maut kilang kimia di China meletup
Sinar Harian
Julai 13, 2018 10:43 MYT
Julai 13, 2018 10:43 MYT
Seramai 19 orang dilaporkan maut manakala 12 lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kilang kimia di Sichuan, China.
Pihak berkuasa daerah Jiang'an berkata, punca letupan kilang Yibin Hengda Technology di kawasan perindustrian itu masih belum diketahui.
Foto di rangkaian media sosial China memaparkan kebakaran besar dengan asap tebal menyelubungi kilang terbabit.
China sejak tahun lalu mempelbagaikan usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perindustrian, susulan beberapa kes berprofil tinggi di lombong arang batu dan kilang kimia.
Lapan orang maut dan sembilan lagi cedera dalam letupan kilang petrokimia di timur wilayah Shandong, tahun lalu. - Reuters