19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina

Bernama
Oktober 31, 2023 17:34 MYT
Kebanyakan insiden dilaporkan di Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao dan wilayah Bicol, kata Laudiangco, lapor Agensi Anadolu. - earthquake.usgs.gov
SEKURANG-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina, kata seorang pegawai pilihan raya pada Selasa.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Rex Laudiangco berkata pihak berkuasa merekodkan 29 insiden keganasan sejak 28 Ogos hingga 30 Okt lepas.
Kebanyakan insiden dilaporkan di Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao dan wilayah Bicol, kata Laudiangco, lapor Agensi Anadolu.
Kira-kira 113 lagi kejadian keganasan sedang disiasat untuk menentukan sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya.
Pilihan raya itu pada awalnya dijadual diadakan pada 2020 tetapi ditangguhkan dua kali.
Sebanyak 672,432 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya itu.
-- BERNAMA
#Filipina #keganasan #pilihan raya #politik
;