18 terbunuh dalam serangan militan di Niger

Astro Awani
Februari 22, 2022 07:50 MYT
Insiden berkenaan dilakukan beberapa lelaki bersenjata yang menaiki motosikal dan identiti mereka belum dipastikan. - Gambar hiasan
DAKAR: Seramai 18 orang awam terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki mereka diserang kumpulan pengganas di Niger, kata kerajaan pada Selasa.
Menteri Dalam Negeri, Alkassoum Indatou berkata kejadian berlaku pada Ahad lepas di wilayah Tillaberi, berdekatan dengan sempadan Mali.
Katanya, insiden berkenaan dilakukan beberapa lelaki bersenjata yang menaiki motosikal namun identiti mereka belum dapat dipastikan.
Pihak berkuasa tempatan mendakwa kejadian didalangan kumpulan militan Al-Qaeda yang bertanggungjawab ke atas beberapa insiden serangan di beberapa negara Sahelian baru-baru ini termasuk Niger, Mali dan Burkina Faso.
#serangan #Terbunuh #kumpulan militan #lelaki bersenjata
;