18 terbunuh, 48 cedera dalam siri letupan di Nigeria

Bernama
Jun 30, 2024 20:00 MYT
Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 48 lagi cedera dalam siri letupan di Borno, timur laut Nigeria. - Foto hiasan
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 48 lagi cedera dalam siri letupan di Borno, timur laut Nigeria, lapor Sputnik memetik Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri.
"Setakat ini, mangsa yang dikenal pasti termasuk 18 mayat terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.
"Seramai 48 orang lagi cedera parah dan sedang menerima rawatan," menurut agensi itu di media sosial pada Sabtu.
Letupan pertama berlaku semasa majlis perkahwinan, disusuli letupan kedua beberapa minit kemudian melibatkan hospital utama di bandar Gwoza.
Tidak lama selepas itu "seorang pengebom bunuh diri bertindak meletupkan bom" menurut agensi itu.
-- BERNAMA
#siri letupan #Nigeria #borno #Terbunuh
;