18 terbunuh, 24 cedera dalam kemalangan di Bolivia

Bernama
Januari 22, 2013 12:46 MYT
Sebanyak 18 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam satu kemalangan di barat Bolivia pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, sebuah bas, yang boleh memuatkan 45 penumpang, terbabas ke dalam gaung sedalam 300 meter dari jalan di antara Chulumani dan La Paz.
Kebanyakkan penumpang berasal dari Chulumani dan mereka yang cedera di hantar ke hospital Arco Iris di La Paz.
Mangsa kejadian berkata bas tersebut berlepas dari Chulumani pada pukul 1.30 petang waktu tempatan dan menuju ke arah La Paz.
Namun, tiada maklumat lain termasuk jumlah sebenar penumpang dan jika pemandu bas tersebut terselamat, dapat diperolehi.
Jalan raya yang agak licin dipercayai punca kemalangan tersebut. Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mencari mayat.
#bas #Bolivia #kemalangan #la paz
;