18 murid Jepun cedera bas bertembung trak
Bernama
Oktober 18, 2023 16:34 MYT
Oktober 18, 2023 16:34 MYT
TOKYO: Sekurang-kurangnya 18 murid sekolah cedera apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak di wilayah Nara pada Rabu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Nahas berlaku di persimpangan lebuh raya di bandar Kashihara pada 8.55 pagi waktu tempatan dan ketika kejadian bas itu membawa 34 murid darjah empat.
Balai Polis Kashihara sedang menyiasat punca nahas itu.
-- BERNAMA