18 maut dalam nahas babitkan bas persiaran dan trak
Agencies
Jun 30, 2018 15:06 MYT
Jun 30, 2018 15:06 MYT
Sebanyak 18 orang maut manakala 14 yang lain cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak di lebuhraya di daerah Hunan, China.
Nahas menyaksikan kedua-dua kenderaan itu rosak teruk.
Laporan awal menyebut, kemalangan mungkin berpunca akibat salah satu kenderaan terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh kenderaan lain.
Memandu laju, melintas di kawasan bahaya, kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan pemandu keletihan antara penyebab kemalangan jalan raya yang serius di China.
Meskipun terdapat peningkatan dalam keselamatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO mendedahkan kira-kira 260,000 penduduk di China mati setiap tahun dalam kemalangan jalan raya.
Pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal mencatatkan angka tertinggi.