18,000 penduduk terjejas banjir di Peru
Astro Awani
Mac 7, 2013 11:31 MYT
Mac 7, 2013 11:31 MYT
Kira-kira 18,000 keluarga di bandar Huanaco, Peru hilang tempat tinggal selepas banjir teruk melanda kawasan tersebut.
Media tempatan melaporkan, paras air di kawasan bencana mencecah ke paras pinggang.
Keadaan tersebut memaksa penduduk sekitar untuk menuju ke kawasan yang lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.
Terdapat segelintir penduduk yang cuba menyelamatkan barangan keperluan.
Sekurang-kurangnya 4,000 bangunan terjejas teruk akibat banjir itu.
Kerajaan dilaporkan akan menyampaikan bantuan ke kawasan bencana.