170 wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023

Agensi
Ogos 20, 2024 07:30 MYT
Kesemua pengamal media yang dibunuh semasa membuat liputan perang merupakan percubaan untuk "mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran." - Gambar fail REUTERS
GAZA: Pembunuhan Hamza Abdul Rahman Murtaja dalam serangan Israel ke atas sekolah Mustafa Hafiz pada Selasa menjadikan jumlah kematian wartawan di Gaza yang direkodkan sejak 7 Oktober 2023 hingga hari ini ialah seramai 170 orang, menurut Pejabat Media Kerajaan.
Organisasi itu yang mengedarkan senarai nama wartawan yang terbunuh berkata, kesemua pengamal media itu dibunuh dalam percubaan untuk "mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran."
Saudara kandung Hamzah Abdul Rahman, Yasser yang juga seorang wartawan maut ditembak oleh penembak tepat Israel semasa membuat liputan "Great March of Return" pada 2018.
Perarakan itu merujuk kepada lebih setahun rakyat Palestin membantah di sepanjang pagar antara Gaza dan Israel pada 2018 dan 2019 menuntut hak untuk kembali ke rumah nenek moyang mereka.
Lebih 250 rakyat Palestin terbunuh selepas penembak tepat Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. - Al Jazeera
#Perang Palestin-Israel #170 wartawan terbunuh #israel serang gaza #wartawan maut ditembak
;