170 kes kolera direkod di Angola
Bernama
Januari 12, 2025 12:15 MYT
Januari 12, 2025 12:15 MYT
LUANDA: Angola telah mencatatkan 170 kes kolera setakat 6 petang waktu tempatan (1700 GMT) pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu, lapor Xinhua.
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan. Wabak itu kini telah merebak ke dua lagi majlis perbandaran di ibu kota wilayah Luanda.
Langkah tindak balas kecemasan nasional telah diaktifkan apabila wabak kolera terus meningkat sejak kes pertama disahkan pada Selasa.
-- BERNAMA