17 terbunuh pertempuran di Syria
Astro Awani
September 8, 2018 07:27 MYT
September 8, 2018 07:27 MYT
PERTEMPURAN maut berlaku pada Sabtu, di timur Syria di Qamishli antara pemerintah dan anggota keselamatan Kurdish.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, pertempuran itu menyaksikan sekurang-kurangnya 10 anggota keselamatan kerajaan dan tujuh pejuang Kurdish terbunuh.
Stesen televisyen Iraq Kurdish, K24, menunjukkan visual seorang askar Syria yang mati dibawa pergi susulan pertempuran itu di pusat Qamishli.
Tiada maklumat lanjut diperolehi selepas itu.
Qamishli berdekatan dengan sempadan Turki dan dikendalikan oleh pentadbiran dan pihak berkuasa Kurdish, namun tentera kerajaan Syria memegang beberapa wilayah di sana, termasuk lapangan terbang.
Pertempuran beberapa kali meletus di situ mengenai pengawalan dan kuasa, mencerminkan ketegangan politik yang semakin mendalam antara mereka.
Pasukan keselamatan Kurdish yang dikenali sebagai Asayish berkata, rondaan kerajaan memasuki kawasan yang dikawal pihak Kurdish di Qamishli dan mula melakukan penangkapan ke atas orang awam.
Mereka kemudiannya melepaskan tembakan di tempat pemeriksaan Kurdish, seterusnya mencetuskan pertempuran senjata.