17 penumpang maut dalam nahas bas-kereta api

Agensi
Oktober 11, 2020 13:13 MYT
Keadaan bas yang terbalik selepas dilanggar kereta api dekat Bangkok. - Gambar Twitter/Ruamduay.
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 17 penumpang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bas dilanggar kereta api di Thailand pada Ahad.
Kemalangan jam 8 pagi kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Bangkok itu berlaku ketika para penumpang bas dalam perjalanan ke kuil di Wilayah Chachoengsao.
Menurut Ketua Polis Daerah, difahamkan para penumpang bas terbabit berhasrat menghadiri majlis berakhirnya Buddhist Lent.
"Jumlah kematian setakat ini adalah 17 orang," kata jurucakap polis.
Gobenor Wilayah, Maitree Tritilanond memberitahu setakat ini seramai 29 individu dilaporkan cedera.
Keadaan di lokasi kejadian amat mengerikan dengan bas terbabit terbalik di bahagian sisi selain serpihan logam dan mayat bergelimpangan di landasan kereta api.
Punca kemalangan sedang disiasat.
#kereta api #bas #kemalangan maut #Maitree Tritilanond #Wilayah Chachoengsao
;