Sekurang-kurangnya 17 pelajar perempuan maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah asrama sekolah swasta di utara Thailand lewat malam Ahad.

Menurut Komander daerah Wiang Pa Pao di Chiang Rai, Kolonel Prayad Singsin, dua pelajar dilaporkan hilang dan lima lagi cedera.

Dalam satu temuramah AFP, Wiang mengesahkan jumlah kematian dan berkata sekolah tersebut menempatkan murid-murid perempuan berumur di antara enam dan 13 tahun yang kebanyakkannya berasal kumpulan puak tempatan.

Kebakaran berlaku pada lewat malam iaitu ketika pelajar-pelajar sedang tidur dan tidak sempat melarikan diri kerana api marak dengan cepat di tingkat atas bangunan sekolah.


Dua mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Pegawai forensik dijangka tiba pada Isnin. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ketika kejadian terdapat seramai 38 pelajar dan sewaktu api mula marak sebahagian daripada mereka masih belum tidur dan sempat melarikan diri.