17 pekerja maut digilis ketika tidur atas rel kereta api

Afiq Ariffin
Mei 8, 2020 12:40 MYT
Menurut pegawai polis tempatan, kesemua mangsa merupakan pekerja di pelantar besi dekat kejiranan wilayah Jalna. -Foto Twitter / TOI Aurangabad
Sekurang-kurangnya 17 buruh asing maut digilis kereta api dalam satu kejadian di bandar Aurangabad di Maharashtra, India pada pagi Jumaat.
Menurut polis, kejadian itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan.
Jurucakap landasan kereta api India (Zon Tengah Selatan) berkata kemalangan itu berlaku berhampiran Karmad, Aurangabad ketika sebuah kereta api dengan muatan minyak diesel dan petrol melalui rel tersebut.
Difahamkan kesemua pekerja asing itu tidur berehat di atas rel tersebut selepas penat berjalan kaki menuju ke wilayah asal mereka.
Menurut pegawai polis tempatan, kesemua mangsa merupakan pekerja di pelantar besi dekat kejiranan wilayah Jalna.
Mereka menuju ke negeri asal mereka di Madhya Pradesh selepas kerajaan India mengumumkan perintah ‘lockdown’ di negara itu pada 24 Mac lalu bagi mengekang penyebaran COVID-19.
Dilaporkan, selepas kerajaan India mengumumkan perintah berkurung itu, berjuta-juta pekerja asing mula membuat perjalanan mereka untuk kembali ke wilayah asal mereka.
Dalam pada itu, Perdana Menteri India Narendra Modi turut mengucapkan takziah buat kesemua mangsa kemalangan tersebut.

Extremely anguished by the loss of lives due to the rail accident in Aurangabad, Maharashtra. Have spoken to Railway Minister Shri Piyush Goyal and he is closely monitoring the situation. All possible assistance required is being provided.

— Narendra Modi (@narendramodi) May 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis sedang berusaha untuk mengenal pasti kesemua mangsa, sementara Pasukan Polis Kereta Api (RPF) sedang giat menjalankan siasatan.
#gilis #India #kemalangan #Kerata api #maut #Narendra Modi #pekerja asing #Perdana Menteri #siasatan
;