17 mayat berjaya ditemui dalam nahas udara Lao Airlines

AFP
Oktober 18, 2013 17:49 MYT
Laporan terbaru yang diterima mengatakan sekurang-kurangnya 17 mayat telah ditemui di dalam kejadian bencana udara terburuk pesawat Laos.
49 penumpang termasuk anak kapal dengan lebih separuh daripada mereka adalah warga asing dari hampir 12 negara berada di dalam pesawat Lao Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Mekong di Selatan Laos pada petang Rabu.
Pesawat tersebut telah tenggelam ke dasar sungai dan menurut sukarelawan pencarian bangkai kapal akan menjadi lebih sukar berikutan gelora air dan lumpur.
Lao Airlines dalam satu kenyataan sebelumini, belum mengesahkan punca nahas namun seorang pegawai kanan penerbangan percaya ia ada kaitan dengan Taufan Nari.
Nahas itu turut mengorbankan warga Korea Selatan, Australia, Kanada, Taiwan, China, Burma dan Thailand termasuk Malaysia.
Wilayah selatan Laos pada Selasa dilanda Taufan Nari yang membunuh 13 orang di Filipina dan 5 di Vietnam.
Sebelum ini nahas udara yang paling buruk pernah dilaporkan ialah pada tahun 1954 apabila 47 orang mati dalam kemalangan melibatkan pesawat Air Vietnam berhampiran Pakse.
#Lao Airlines #laos #nahas udara #taufan nari #terhempas
;