17 maut nahas jalan raya di Mesir

Bernama
Ogos 4, 2022 01:13 MYT
Pemandu bas didapati hilang kawalan dan merempuh trak yang datang dari arah bertentangan. - Gambar hiasan
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di Wilayah Sohag di selatan Mesir pada Selasa.
“Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.
“Siasatan awal mendapati pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan,” kata gabenor Sohag, Tarek al-Fiqy kepada Xinhua.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan.
-- BERNAMA
#kemalangan maut #Mesir #pemandu bas hilang kawalan #rempuh lori