17 maut kebakaran di pusat pemulihan dadah di Ecuador

Agensi
Januari 12, 2019 00:23 MYT
Kebakaran bermula apabila terdapat pesakit yang cuba melarikan diri, bertindak membakar tilam di pusat pemulihan tersebut.
Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pusat pemulihan dadah di Guayaquil, Ecuador, lapor Reuters pada Sabtu.
Pihak berkuasa memaklumkan, kebakaran bermula apabila terdapat pesakit yang cuba melarikan diri, bertindak membakar tilam di pusat pemulihan tersebut.
Menurut Ketua Polis Guayaquil, Tania Varela, premis berkenaan tidak mempunyai permit yang diperlukan untuk beroperasi.
Katanya, pusat pemulihan sementara seperti itu adalah biasa di negara-negara Andes.
"Kami kesal atas kehilangan 17 nyawa akibat tragedi ini," kata pihak bomba Guayaquil dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, polis juga sedang cuba untuk menahan pemilik pusat pemulihan terbabit.
#Ecuador #Guayaquil #kebakaran #Ketua Polis Guayaquil #pusat pemulihan dadah #Tania Varela
;