17 cedera penerbangan domestik India dilanda gelora udara
Bernama
Mei 2, 2022 18:18 MYT
Mei 2, 2022 18:18 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 penumpang dan tiga anak kapal cedera dalam kejadian mid air turbulance atau gelora udara yang melanda sebuah pesawat penerbangan tambang murah di India pada lewat Ahad, media tempatan melaporkan pada Isnin.
Semasa kejadian pesawat penumpang Boeing 737 itu dalam penerbangan dari pusat kewangan India Mumbai ke Durgapur di West Bengal, yang terletak di timur laut benua kecil India, kata Agensi Berita Xinhua yang memetik laporan NDTV.
Penerbangan SpiceJet membawa 188 penumpang dilanda gelora udara sebelum mendarat di lapangan terbang Durgapur. Semasa kejadian, barangan diruang bagasi dalam kabin jatuh atas penumpang, mencederakan mereka.
-- BERNAMA