161 lokasi di Jepun catat suhu lebih 35 darjah Celsius

Bernama
Julai 25, 2023 19:36 MYT
Bandar Isesaki di Wilayah Gunma merekodkan bacaan 39.5 darjah pada 2.20 petang, manakala 39.2 darjah dicatatkan di Kiryu di wilayah yang sama. -Gambar hiasan/AP
TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Selasa berkata tekanan atmosfera yang tinggi menyebabkan suhu meningkat kepada lebih 35 darjah Celsius di seluruh kepulauan Jepun.
Sehingga 3 petang, 161 lokasi di seluruh negara mencatatkan suhu 35 darjah atau lebih tinggi iaitu hari yang "amat panas", menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Bandar Isesaki di Wilayah Gunma merekodkan bacaan 39.5 darjah pada 2.20 petang, manakala 39.2 darjah dicatatkan di Kiryu di wilayah yang sama.
Tempat-tempat lain juga mengalami panas terik termasuk 39 darjah di Hatoyama dan 38.7 darjah di bandar Sano dan Kofu, kata agensi cuaca, sambil menambah beberapa bahagian di tengah Tokyo menyaksikan suhu meningkat kepada 36.6 darjah.
-- BERNAMA
#Tokyo #lebih 35 darjah Celcius #Agensi Meteorologi Jepun #tekanan atmosfera #161 lokasi
;