16 wakil rombongan pengantin lelaki maut disambar petir

Astro Awani
Ogos 4, 2021 23:56 MYT
Rombongan berkenaan baru sahaja meninggalkan bot yang dinaiki mereka untuk mendapatkan perlindungan sebelum disambar petir. - Gambar hiasan
SEKURANG-KURANGNYA 16 maut dan beberapa yang lain cedera di barat Bangladesh selepas mereka disambar petir.
Menurut pegawai kerajaan tempatan, Sakib Al-Rabby, insiden berlaku pada Rabu ketika rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Shibganj dalam daerah Shapainawabganj.
Jelasnya, rombongan berkenaan baru sahaja meninggalkan bot yang dinaiki mereka untuk mendapatkan perlindungan sebelum disambar petir.
Disambar Kilat | 16 daripada rombongan perkahwinan terbunuh
Tambahnya lagi, pengantin lelaki turut cedera dalam kejadian tersebut.
Kawasan ini terletak kira-kira 245 kilometer dari barat laut Dhaka.
Monsun tahunan kini sedang mendominasi sebahagian besar kawasan di Bangladesh.
Setiap tahun lebih daripada 200 orang kebanyakan daripada golongan petani terbunuh akibat disambar petir.
Pakar mendakwa pencemaran udara dan pemanasan global menyumbang kepada peningkatan kekerapan serangan kilat di negara itu.
#petir #maut #cedera #rombongan pengantin #pengantin lelaki