16 terkorban nahas lebuh raya di Cameroon

Bernama
Mei 27, 2023 19:25 MYT
Menurut Kementerian Pengangkutan Cameroon, 1,500 orang maut akibat kemalangan jalan raya setiap tahun di negara Afrika Tengah itu. - Gambar hiasan
YAOUNDE (Cameroon): Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya Douala-Edea wilayah Littoral Cameroon pada Jumaat, menurut Menteri Pengangkutan Jean Ernest Massena Ngalle Bibehe.
Tragedi berlaku apabila bas penumpang bertembung dengan sebuah trak, menurut polis tempatan.
"Ia adalah hari yang menyedihkan bagi negara kita. Seramai 16 orang maut dalam kemalangan itu. Tiga yang lain cedera manakala seorang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal," kata Bibehe kepada pemberita di sebuah hospital tempatan di bandar Edea.
Bibehe berkata punca kemalangan dipercayai akibat memandu laju.
Menurut Kementerian Pengangkutan Cameroon, 1,500 orang maut akibat kemalangan jalan raya setiap tahun di negara Afrika Tengah itu.
--BERNAMA-XINHUA
#Cameroon #kemalangan jalan raya #jean ernest #angka maut
;