16 terbunuh dalam serangan udara di Syria
Astro Awani
Januari 29, 2018 05:38 MYT
Januari 29, 2018 05:38 MYT
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar dan hospital di Saraqeb, wilayah Idlib barat laut Syria.
Aktivis di sana menyalahkan kerajaan Syria dan Rusia atas serangan tersebut.
Idlib merupakan kubu kuat pemberontak di barat laut Syria.
Pasukan mencari dan menyelamat Pertahanan Awam Syria yang turut dikenali sebagai White Helm berkata serangan pada Isnin itu berlaku di pasar terbesar di wilayah tersebut.
Menurut agensi berita Qasioun yang melaporkan perkembangan terkini puak penentang melaporkan 14 orang maut dalam serangan di pasar dan enam daripada mangsa yang terkorban ialah kanak-kanak.
Manakala dua lagi mangsa terbunuh di Hospital Adey.
Sehari sebelumnya, sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh dalam serangan udara di Idlib.