16 maut terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di India

Bernama
Julai 19, 2023 21:07 MYT
Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu. - Foto FB TheBharatindia-A Media Initiative of ITM
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.
Kebanyakan mereka sedang bekerja di tapak projek "Namami Gange" di tebing sungai Alaknanda di daerah Chamoli, menurut laporan media tempatan.
Mangsa yang maut termasuk seorang pegawai polis dan tiga anggota Home Guard.
Beberapa orang lagi turut cedera di loji rawatan kumbahan itu, menurut laporan itu.
"Arahan siasatan berhubung kejadian telah dikeluarkan, " kata ketua menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami.
-- BERNAMA
#renjatan elektrik #India #projek sungai #Namami Gange
;