16 maut bangunan kediaman runtuh di Aleppo

Bernama
Januari 23, 2023 02:50 MYT
Pasukan penyelamat sedang giat mencari mangsa yang mungkin terselamat di bawah runtuhan bagunan. - Foto SHAM FM via REUTERS
DAMSYIK: Seramai 16 orang awam terbunuh manakala empat lagi cedera pada Ahad selepas bangunan kediaman runtuh di wilayah Aleppo, utara Syria, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SANA.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, bangunan kediaman lima tingkat itu menempatkan tujuh keluarga dan terletak di kawasan kejiranan Syeikh Maksoud yang majoriti penduduknya Kurdish.
Bangunan itu runtuh akibat kebocoran air yang telah menjejaskan struktur asasnya.
-- BERNAMA
#bangunan kediaman #runtuh #kebocoran air #Struktur