16 maut, 9 cedera dalam kebakaran pangsapuri di Dubai

Astro Awani
April 16, 2023 14:44 MYT
Kebakaran berlaku pada tengah hari Sabtu di tingkat empat bangunan di kawasan kejiranan Al-Ras. -Gambar fail/Pixabay
DUBAI: Sejumlah 16 penghuni maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Dubai.
Kebakaran berlaku pada tengah hari Sabtu di tingkat empat bangunan di kawasan kejiranan Al-Ras.
Pasukan pertahanan awam, dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media UAE berkata, siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada "kekurangan pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan keselamatan bangunan".
Identiti dan warganegara mangsa terbabit masih belum didedahkan.
Dubai mempunyai penduduk sekitar 3.3 juta, di mana hampir 90 peratus adalah warga asing.
Bandar ini pernah mengalami kebakaran dahsyat yang menyebabkan kerosakan besar namun jumlah mangsa yang terkorban tidak ramai.
Pada 2017, pihak berkuasa mengumumkan penggunaan peraturan bangunan yang lebih ketat untuk meminimumkan risiko kebakaran, yang dikaitkan terutamanya dengan bahan mudah terbakar yang digunakan dalam pelapisan luar bangunan.
#Dubai #Kebakaran pangsapuri #Al-Ras #warga asing
;