15 terkorban, 12 cedera dalam runtuhan salji di timur Tajikistan

Bernama
Februari 16, 2023 18:22 MYT
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam runtuhan salji di bandar Khorugh di timur Tajikistan. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam runtuhan salji di bandar Khorugh di timur Tajikistan, menurut sumber rasmi.
"Empat pangsapuri musnah sepenuhnya manakala 35 rumah dan lima bangunan ladang rosak sebahagian," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Jawatankuasa Situasi Kecemasan dan Pertahanan Awam Tajik (KHF).
Menurut kenyataan itu suruhanjaya KHF sedang mengenal pasti tahap kerosakan akibat runtuhan salji itu.
Runtuhan salji dijangka berterusan sehingga Ahad, menurut kenyataan itu yang memetik laporan meteorologi.
-- BERNAMA
#Runtuhan salji #timur Tajikistan #bandar Khorugh #KHF
;