15 terbunuh dalam serangan bom kereta di Mogadishu

Agensi
April 10, 2017 02:27 MYT
Para Pegawai keselamatan Somalia mengawal ketat lokasi kejadian letupan kereta di hadapan teater kebangsaan di Mogadishu. - Foto REUTERS/Feisal Omar
Sekurang-kurangnya lima belas orang terbunuh dalam serangan bom kereta yang berlaku di luar sebuah pengkalan tentera di Mogadishu, Somalia.
Kejadian berlaku apabila sebuah kereta yang sarat dengan bom merempuh sebuah van yang membawa sekumpulan tentera.
Kebanyakan yang terbunuh ialah penumpang van dan pengawal keselamatan.
Serangan itu dipercayai mensasarkan ketua tentera somalia yang baharu dilantik, Mohamed Jimale.
Bagaimanapun, Jimale tidak menaiki van berkenaan.
Pihak berkuasa percaya kumpulan militan Daish bertanggungjawab atas serangan berkenaan.
#bom kereta #Mogadishu #Mohamed Jimale #Somalia #tentera