15 terbunuh dalam nahas jalan raya di Kanada

Bernama
Jun 16, 2023 08:44 MYT
Nahas yang berlaku di wilayah Manitoba itu melibatkan sebuah bas yang membawa warga emas, kata polis. -Reuters
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas sebuah bas dan trak bertembung di Kanada, kata polis pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis Diraja Kanada berkata 10 mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
Nahas yang berlaku di wilayah Manitoba itu melibatkan sebuah bas yang membawa warga emas, kata polis.
Perdana Menteri Justin Trudeau menerusi Twitter berkata: "Kemalangan itu sangat tragis."

The news from Carberry, Manitoba is incredibly tragic. Im sending my deepest condolences to those who lost loved ones today, and Im keeping the injured in my thoughts. I cannot imagine the pain those affected are feeling but Canadians are here for you.

— Justin Trudeau (@JustinTrudeau) June 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, jurucakap polis dalam sidang akhbar berkata kemalangan besar seperti itu jarang berlaku di wilayah terbabit.
"Saya tidak percaya kemalangan yang mengorbankan begitu ramai seperti ini berlaku di Manitoba.
"Nahas ini agak asing bagi kami dan anggota penyiasat kami...emosi mereka turut terkesan," katanya.
-- BERNAMA
#warga emas #bas dan trak bertembung #Manitoba #Justin Trudeau