15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India

Bernama
April 10, 2024 13:45 MYT
Kemalangan itu yang berlaku pada 8.30 malam di kawasan Kumhari di daerah Durg, Chhattisgarh. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Kemalangan itu yang berlaku pada 8.30 malam di kawasan Kumhari di daerah Durg, Chhattisgarh.
Bas itu mengangkut berpuluh-puluh pekerja sebuah syarikat penyulingan selepas bekerja.
Kira-kira 12 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.
Siasatan telah diarahkan untuk mengetahui punca kemalangan, kata Majistret daerah Richa Prakash Chaudhary kepada media tempatan.
-- BERNAMA
#kemalangan bas #India #kes kematian #pekerja lombong
;