15 orang maut dalam kebakaran kafe

Agensi
November 5, 2022 21:19 MYT
Gabenor wilayah Kostroma, Sergei Sitnikov memberitahu lima orang yang cedera ringan sedang menerima bantuan perubatan. - Gambar/AP
MOSCOW: Kebakaran di kafe dalam sebuah bangunan di bandar Kostroma, Rusia mengorbankan 15 pengunjung selain lima lagi cedera.
Agensi berita Rusia melaporkan 250 orang telah dipindahkan dari bangunan itu selepas kebakaran berlaku di bandar yang terletak 300 kilometer dari timur laut Moscow.
Pihak berkuasa memberitahu seorang individu dilihat menggunakan senapang angin ketika kejadian yang berlaku hari ini.
Sehubungan itu, siasatan lanjut dijalankan dan pihak polis sedang mencari individu itu.
Gabenor wilayah Kostroma, Sergei Sitnikov memberitahu lima orang yang cedera ringan sedang menerima bantuan perubatan.
Kostroma merupakan bandar yang terletak di tepi sungai didiami 270,000 penduduk.
Ia bukan kali pertama kebakaran maut di lokasi rekreasi di Rusia. Pada 2009, lebih 150 orang terbunuh dalam kebakaran di kelab malam Lame Horse di bandar Perm yang meletus selepas seseorang membakar bunga api.
#pasukan penyelamat #Rusia #kafe terbakar #Moscow
;